Monday, September 14, 2009

PENGERTIAN NILAM

LATAR BELAKANG NILAM
NILAM atau ‘NADI ILMU AMALAN MEMBACA’ merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan disekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Perlaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Ia adalah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999 melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998 bertarikh 22 Mei 1998; Pelaksanaan Program NILAM yang mewajibkan semua sekolah di Malaysia menjalankan Program NILAM.

Langkah pemantapan budaya membaca dalam kalangan murid-murid sekolah ini juga diperkukuhkan lagi melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2005 bertarikh 12 Mei 2005; Memantapkan Budaya Membaca di Kalangan Murid Sekolah.

Matlamat
Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Objektif
Menjadikan murid banyak membaca. Pembacaan melibatkan semua genre, bahan yang berkualiti dan tidak terkongkong kepada pembacaan yang berorientasikan peperiksaan sahaja.
Menggalakkan sekolah rerus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
Melahirkan tokoh murid yang berketrampilan dalam pembacaan, mempunyai sifat kepimpinan, berani berhadapan dengan khalayak, berkeyakinan tinggi dan berpengetahuan luas.
melahirkan lebih ramai golongan pelajar yang cintakkan bahan bacaan, menjadikannya sebagai satu budaya dan menjadi ‘role model” kepada rakan-rakan sebaya yang lain.
Menjadi pemangkin terhadap budaya membaca dalam masyarakat.

Tahap Pelaksanaan
Program NILAm mempunyai dua tahap. Tahap pertama ialah untuk membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Tahap ini dikenali sebagai JAUHARI. Tahap kedua pula membantu percambahan penyertaan muridn dan penggunaan bahan dalam aktiviti galakan membaca. Tahap ini dikenali sebagai RAKAN PEMBACA (RP).

No comments:

Post a Comment