Tuesday, May 4, 2010

AKTIVITI PUSAT SUMBER SEKOLAH

KAMPUS ASTRO di Pusat Sumber SMK Sandakan

Program NADI ILMU
Program NADI ILMU adalah program khas untuk guru. Program ini akan dilaksanakan pada setiap kali perhimpunan mingguan diadakan. ( Iaitu pada hari Isnin) Program ini membolehkan guru berkongsi maklumat dan ilmu bersama-sama pelajar.


Puan Pengetua menyampaikan Sijil Penghargaan kepada pelajar yang mencatatkan bacaan yag tertinggi dalam Program NILAM bagi Fasa 1.

Sudut Bacaan NILAM
Sudut Bacaan NILAM ini terletak di luar Bilik Guru. Pelbagai jenis maklumat disediakan untuk memudahkan pelajar membuat rujukan pada bila-bila masa.

Sudut SERASI
Selain dari Sudut NILAM, Sudut SERASI (Sekolah Rakan Alam Sekitar) turut dipamerkan di Pusat Sumber, tujuan sudut ini diwujudkan adalah untuk menyedarkan para pelajar pentingnya alam sekitar kepada kehidupan seharian manusia. Selain daripada itu, sudut ini diwujudkan untuk memberi maklumat tentang isu semasa yang berkaitan dengan alam sekitar.

Tuesday, October 13, 2009

TIP BIJAK BELAJAR

LANGKAH-LANGKAH BIJAK MENJELANG PEPERIKSAAN

1. Bertenang dan melapangkan fikiran.

2. Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.

3. Tidur yang mencukupi..

4. Menjaga kesihatan diri.

5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.

7. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .

8. Membuat dan membaca nota-nota ringkas.

9. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.

10. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan meransang kecerdasan otak.

11. Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.

12. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.

13. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.

14. Menjawap soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.

15. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.

16. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.

17. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.

18. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawap sebelum dan selepas peperiksaan.

19. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.

20. Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.

21. Menjawap soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.

22. Pastikan pelajar menjawap semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.


PANDUAN BELAJAR

Kaedah Belajar Berkesan

1. Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.

2. Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.

3. Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.

4. Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.

5. Memahami apa yang dibaca.

6. Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.

7. Menggunakan kaedah, simbol dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.

8. Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.

9. Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.

10. Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku,majalah, akhbar dan internet.

11. Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.

12. Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.

13. Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.

14. Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran.

UJIAN EXCEL 1 / 2009

Selamat Menduduki UJIAN EXCEL 1 kepada semua pelajar Tingkatan 4 dan 6 Bawah. Ujian ini bermula pada hari ini (14 Oktober) sehingga 28 Oktober 2009.

Diharapkan semua pelajar dapat menjawab soalan dengan baik. Doa dan restu mengiringi anda semua.

SELAMAT MAJU JAYA

Monday, September 14, 2009

PENGERTIAN NILAM

LATAR BELAKANG NILAM
NILAM atau ‘NADI ILMU AMALAN MEMBACA’ merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan disekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Perlaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Ia adalah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999 melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998 bertarikh 22 Mei 1998; Pelaksanaan Program NILAM yang mewajibkan semua sekolah di Malaysia menjalankan Program NILAM.

Langkah pemantapan budaya membaca dalam kalangan murid-murid sekolah ini juga diperkukuhkan lagi melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2005 bertarikh 12 Mei 2005; Memantapkan Budaya Membaca di Kalangan Murid Sekolah.

Matlamat
Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Objektif
Menjadikan murid banyak membaca. Pembacaan melibatkan semua genre, bahan yang berkualiti dan tidak terkongkong kepada pembacaan yang berorientasikan peperiksaan sahaja.
Menggalakkan sekolah rerus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
Melahirkan tokoh murid yang berketrampilan dalam pembacaan, mempunyai sifat kepimpinan, berani berhadapan dengan khalayak, berkeyakinan tinggi dan berpengetahuan luas.
melahirkan lebih ramai golongan pelajar yang cintakkan bahan bacaan, menjadikannya sebagai satu budaya dan menjadi ‘role model” kepada rakan-rakan sebaya yang lain.
Menjadi pemangkin terhadap budaya membaca dalam masyarakat.

Tahap Pelaksanaan
Program NILAm mempunyai dua tahap. Tahap pertama ialah untuk membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Tahap ini dikenali sebagai JAUHARI. Tahap kedua pula membantu percambahan penyertaan muridn dan penggunaan bahan dalam aktiviti galakan membaca. Tahap ini dikenali sebagai RAKAN PEMBACA (RP).

PROGRAM NILAM

Program Nilam adalah satu program yang menggabungkan atau mengadun kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.

Matlamat Program Nilam adalah untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid, menggalakkan murid menjadikan buku sebagai sahabat dan menggalakkan pihak sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Ringkasan kepada aktiviti program Nilam adalah seperti berikut:

- Rekod bacaan

- Pertandingan banyak membaca

- Pertandingan menulis

- Sinopsis buku

- Marilah Baca

- Kuiz

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Wednesday, September 2, 2009

Aktiviti Pengawas Pusat Sumber


Antara aktiviti yang dijalankan oleh Pengawas Pusat Sumber ialah 'Program Keceriaan", program ini dilaksanakan untuk memastikan Pusat Sumber sentiasa ceria, bersih dan selesa. Objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan rasa bertanggungjawab dengan amanah yang telah diberikan.

Terima kasih diucapkan kepada Pengawas Pusat Sumber sesi 2009, sumbangan dan kerjasama anda amat dihargai.

Posted by Picasa

Thursday, August 20, 2009

Pameran Buku



Sempena dengan Program Minggu Membaca, Pameran Buku telah diadakan di Dewan Terbuka SMK Sandakan. Pameran yang diadakan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar dan juga guru. Ucapan terima kasih diucapkan kepada AJK Pusat Sumber yang terdiri dari guru dan pengawas pusat sumber kerana telah menjayakan pameran ini.
Posted by Picasa

Marilah Baca

Program Marilah Baca/ 'Drop everything And Read' adalah salah satu dari aktiviti galakkan membaca yang dianjurkan oleh Pusat Sumber. Program Marilah Baca dilaksanakan selama 5 minit pada setiap pagi sebelum bermulanya masa pertama. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mendorong para pelajar menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya di sekolah ini.


Program Marilah Baca / 'Drop Everything And Read' selama 5 minit.

Tuesday, June 23, 2009

Program SERASI

Pada 29 Mei yang lepas, Program Penanaman Pokok telah berjaya dianjurkan, program ini dianjurkan bersempena dengan Hari Bumi. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Penanaman anak pokok oleh warga sekolah serta Gotong-Royong Perdana. Berikut adalah gambar aktiviti yang sempat dirakam......
Murid sedang menanam pokok bunga di Taman KH

Mengira jumlah anak pokok yang telah ditanam.


Senyum....


Program SERASI telah dirasmikan oleh Puan Pengetua SMK Sandakan iaitu Puan Hajah Rodiah.



Pelajar mendengar ucapan perasmian oleh Puan Pengetua


Ucapan Perasmian