Tuesday, June 23, 2009

Program SERASI

Pada 29 Mei yang lepas, Program Penanaman Pokok telah berjaya dianjurkan, program ini dianjurkan bersempena dengan Hari Bumi. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Penanaman anak pokok oleh warga sekolah serta Gotong-Royong Perdana. Berikut adalah gambar aktiviti yang sempat dirakam......
Murid sedang menanam pokok bunga di Taman KH

Mengira jumlah anak pokok yang telah ditanam.


Senyum....


Program SERASI telah dirasmikan oleh Puan Pengetua SMK Sandakan iaitu Puan Hajah Rodiah.



Pelajar mendengar ucapan perasmian oleh Puan Pengetua


Ucapan Perasmian


Tuesday, June 9, 2009

SELAMAT DATANG

PENGENALAN
SMK Sandakan asalnya ialah ‘Sandakan Secondary School’ mula ditubuhkan pada tahun 1966 dengan menumpang di Sekolah Rendah Cheng Meng, Sandakan. Kemudahan serta aktiviti PSS pada ketika itu agak terbatas hinggalah proses pemindahan ke bangunan baru bermula pada bulan Mei 1974, dimana sebuah bilik perpustakaan diperuntukkan.
Kini Pusat Sumber SMK Sandakan telah dipecahkan ke bilik-bilik berasingan meliputi bilik perpustakaan, Bilik Multimedia, sebuah Bilik BBM, Bilik Perbincangan, Sudut SAL serta Pusat Akses untuk keselesaan pengguna serta memudahkan pengurusan.

VISI
Pusat sumber SMK Sandakan Bestari akan menjadi Pusat Sumber yang mampu menyediakan Perkhidmatan kepada murid-murid dan seluruh warga SMK Sandakan dengan efektif berpandukan Falsafah Pendidikan Negara dan aspirasi wawasan ke arah Pusat Sumber Cemerlang pada 2010.

MISI
Pusat Sumber SMK Sandakan Bestari akan menjadi cemerlang melalui;
1. Kepimpinan berwawasan dan komited.
2. Pengurusan unit organisasi yang cekap dan berkesan.
3. Pengurusan program unit Pusat Sumber yang berfokus kepada bahan-bahan P&P yang sistematik dan berkualiti tinggi.
4. Khidmat sokongan ke arah pembangunan sahsiah dan kemenjadian pelajar yang harmonis dan seimbang.

PIAGAM PELANGGAN PUSAT SUMBER
Kami Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber SMK Sandakan Bestari dengan penuh tekad dan iltizam
untuk
· Memastikan semua pelajar dan guru mendapat kemudahan tempat yang selesa serta mencukupi.
· Memastikan guru-guru mendapat kemudahan BBM dengan cepat dan cekap.
· Memastikan guru-guru dan pelajar memperolehi bahan bantuan pelajar yang terkini dan
berkeadaan baik.
· Menyediakan BBM dan bahan bacaan yang mencukupi untuk keperluan guru dan pelajar.
· Memastikan bahan rujukan/koleksi belajar kendiri pelajar mencukupi sekurang-kurangnya 40
naskah.
· Sedia memberi khidmat kepakaran dalam penggunaan teknologi maklumat kepada semua guru
dari semasa ke semasa.
· Mendapat khidmat dan layanan mesra sepanjang masa.
· Menyediakan kemudahan dan menentukan kaedah tempahan penggunaan Pusat Sumber
kepada semua pelajar dan guru secara adil.
· Memberi maklumat terkini dan kemas kini apabila diminta.
· Memenuhi kehendak pihak pentadbir sekolah, PPG, JPN(PSPN) lebih cepat dan tepat.
· Mengemaskini stok pada setiap akhir tahun untuk tujuan auditan.